Monday, October 27, 2008

Kasih Sayang Tuhan Melebihi Segalanya

Aku suka sangat layan lagu2 indon ni...dalam kekangan masa dan tenaga(final exam aku). Aku tiba2 tersentuh dan dan terasa jari2 ni meluahkan sesuatu...

Cetusan rasa dari lagu ‘Memiliki Kehilangan’

Wahai hati yang sedang merindui, apabila kita mencintai seseorang sebenarnya kita telah pun merelakan hati untuk dilukai, apabila kita telah menyayangi seseorang kita sebenarnya telah pun membenarkan diri kita untuk dibenci. Apabila kita terlalu merindui seseorang kita telah pun bersedia untuk dilupakan meskipun amat terseksa. Tapi itulah hakikat hidup dan pengajaran yang perlu dirasai apabila cinta tak berkesampaian...kasih yang tak berbalas....Ada masanya kita tidak perlu lagi menoleh ke belakang andainya kisah silam hanya melukakan hati namun ada ketikanya kita perlu mengingati biar pun terasa pedih kerana ada seseorang yang bermakna menghiasi pengalaman hidup yang pernah kita lalui.

Ada masanya kita terpaksa lepaskan peluang yang lalu didepan mata, ada waktunya kita terpaksa lepaskan sesuatu yang tak mungkin kita miliki, kerana selalunya hakikat hidup tak sama dengan kebetulan yang tak disangka.

Adakalanya apa yang kita harapkan tak kan sama dengan apa yang kita impikan kerana impian hanyalah ilusi, harapan hanyalah kemahuan yang kita cuba gapai, sedangkan segalanya belum tentu untuk dijadikan realiti.

Kasih sayang bukan sekadar ucapan, bukan sekadar memiliki tapi ia adalah sesuatu yang memberi kita nilai untuk terus hidup, memberi kita dan makna dalam sesebuah hubungan.

Sesungguhnya apabila Allah memakbulkan doa kita, maka Allah sayang pada kita, apabila Allah melewati sesuatu hajatmu, maka Allah sedang menguji....Apabila Allah tidak memakbulkan doa kita, sebenarnya Allah telah tentukan yang terbaik untuk diri kita, dan kita janganlah sesekali bersangka buruk kerana kasih sayang Allah mendahului kemurkaan-Nya.........

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home