Sekeping Sijil Penentu Kejayaan ?
Bila seseorang telah lengkap dengan deretan A dalam sijii2 miliknya...Adakah mampu untuk dia berhadapan dengan dunia setelah kejayaan yang diperolehi. Aku melihat di luar sana ramai mereka yang gagal untuk berhidup dengan kerjaya dan cabaran yang menimpa. Walaupun itu hanya pemerhatian aku, namun jelas untuk aku membuat kesimpulan sekeping sijil/ijazah tidak menentukan kejayaan seseorang. Dimanakah silapnya ??? Perspektif yang salah tentang misi sebenar dalam menuntut ilmu pengetahuan turut menyumbang masalah ini. Jelas bahawa mereka lebih mementingkan segulung ijazah. Nabi Muhammad S. A. W bersabda ' Sesiapa yang belajar untuk empat perkara akan masuk neraka. 1) Untuk menyaingi para ulama. 2) Atau berdebat dengan orang-orang yang bodoh. 3) Atau mencari muka (bermegah). 4) Atau untuk mendapatkan wang dari pemerintah, mendapat perhormatan atau kedudukan. Ini yang sukar untuk kita lakukannya. Bagi aku, pendidikan itu antara misi utamanya adalah untuk melahirkan manusia yang berguna, yang sejahtera akal fikirannya, baik akhlaknya, jauh pemikirannya, tajam pandangannya, rasional akalnya, dan melihat sesuatu berdasarkan sesuatu itu.

0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home