Friday, October 31, 2008

Pagi yang cerah

Tempat :
Umah member....

Cuaca :
Pagi yang cerah...

Misi :
Abiskan study kinetic

Visi :
Aku bahagia....

p/s : thanks pnut...sedop nestum original nie...

Thursday, October 30, 2008

Sajak Untuk Wira

Aku sekadar ingin memuji….

Segah namamu bagaikan perwira yang pantas meghunuskan senjata tajam

Dengan kata- kata yang bisa membuka mata yang terlena panjang

bagi mereka yang mengerti…..

Segah namamu yang budiman yang tuntas meluahkan rasa dihati

Dengan kata –kata yang halus cukup berseni

Bagi mereka yang memahami…….

Aku bagai terleka seketika……..

Masih ada Adam versi Melayu yang ku harapkan penuh dengan

Keberanian, bakat, kebolehan , ilmu didada..

tidak melupakan asal usul Melayunya.

bijak meluahkan kata-kata memcerminkan nilai akalnya.



p/s; Sajak ini aku taip selepas aku baca penulisan Wira Budiman.

Sekeping Sijil Penentu Kejayaan ?

Bila seseorang telah lengkap dengan deretan A dalam sijii2 miliknya...Adakah mampu untuk dia berhadapan dengan dunia setelah kejayaan yang diperolehi. Aku melihat di luar sana ramai mereka yang gagal untuk berhidup dengan kerjaya dan cabaran yang menimpa. Walaupun itu hanya pemerhatian aku, namun jelas untuk aku membuat kesimpulan sekeping sijil/ijazah tidak menentukan kejayaan seseorang. Dimanakah silapnya ??? Perspektif yang salah tentang misi sebenar dalam menuntut ilmu pengetahuan turut menyumbang masalah ini. Jelas bahawa mereka lebih mementingkan segulung ijazah. Nabi Muhammad S. A. W bersabda ' Sesiapa yang belajar untuk empat perkara akan masuk neraka. 1) Untuk menyaingi para ulama. 2) Atau berdebat dengan orang-orang yang bodoh. 3) Atau mencari muka (bermegah). 4) Atau untuk mendapatkan wang dari pemerintah, mendapat perhormatan atau kedudukan. Ini yang sukar untuk kita lakukannya. Bagi aku, pendidikan itu antara misi utamanya adalah untuk melahirkan manusia yang berguna, yang sejahtera akal fikirannya, baik akhlaknya, jauh pemikirannya, tajam pandangannya, rasional akalnya, dan melihat sesuatu berdasarkan sesuatu itu.

Air Mata

Tika ku mengenal kesedihan dan kesulitan
Ayat-ayat ini yang terbit di minda.......

Airmata adalah lambang kekuatanku

Dengannya aku belajar mengenal kuat dan tabah

Ia mudah mengalir bila aku merasakan semua rasa ini yang membuatkan aku dapat meluahkan segalanya ada dijiwa.sedih…pedih….

Ia bukan kelemahan untuk menyatakan kekecewaan tapi air jernih yang berkongsi perasaan denganku…

Tiada siapa yang mengerti diri ini dalam seribu kepayahan meniti hari hari yang penuh berliku namun tetap bersyukur kerana ada sekelumit ketabahan yang tersimpan dihati….

Tiada siapa yang tahu senyuman ku hanyalah disebalik kesedihan yang tersembunyi..

Tiada siapa yang tahu keletihan hidup ini yang pasti hanya aku yang memahaminya…

Biarlah hanya aku..hanya aku….

Bukan tidak bersyukur namun hanya ingin melepaskan rasa ini hanya untuk aku terus hadapi dengan tabah….

Airmata yang menjadi teman setia ku

Airmata memberikan kekuatan padaku

Airmata ini cerita segala dukaku

Ya Allah hanya padaMu aku luahkan segalanya……..

Syukur padaMu yang memberikan aku secebis kekuatan ini…

Wednesday, October 29, 2008

Dunia Aku

Jasad aku disini tapi jiwa ku melayang ke sana
merindui mereka yang setia menemani setiap langkah hidupku
dalam aku susah mereka yang membantu
dalam aku sedih mereka yang menghiburkan
dalam aku kecewa merekalah penguat semangat....
Segala kasih dan sayang buat ma, abah dan seluruh familyku..

Monday, October 27, 2008

Kasih Sayang Tuhan Melebihi Segalanya

Aku suka sangat layan lagu2 indon ni...dalam kekangan masa dan tenaga(final exam aku). Aku tiba2 tersentuh dan dan terasa jari2 ni meluahkan sesuatu...

Cetusan rasa dari lagu ‘Memiliki Kehilangan’

Wahai hati yang sedang merindui, apabila kita mencintai seseorang sebenarnya kita telah pun merelakan hati untuk dilukai, apabila kita telah menyayangi seseorang kita sebenarnya telah pun membenarkan diri kita untuk dibenci. Apabila kita terlalu merindui seseorang kita telah pun bersedia untuk dilupakan meskipun amat terseksa. Tapi itulah hakikat hidup dan pengajaran yang perlu dirasai apabila cinta tak berkesampaian...kasih yang tak berbalas....Ada masanya kita tidak perlu lagi menoleh ke belakang andainya kisah silam hanya melukakan hati namun ada ketikanya kita perlu mengingati biar pun terasa pedih kerana ada seseorang yang bermakna menghiasi pengalaman hidup yang pernah kita lalui.

Ada masanya kita terpaksa lepaskan peluang yang lalu didepan mata, ada waktunya kita terpaksa lepaskan sesuatu yang tak mungkin kita miliki, kerana selalunya hakikat hidup tak sama dengan kebetulan yang tak disangka.

Adakalanya apa yang kita harapkan tak kan sama dengan apa yang kita impikan kerana impian hanyalah ilusi, harapan hanyalah kemahuan yang kita cuba gapai, sedangkan segalanya belum tentu untuk dijadikan realiti.

Kasih sayang bukan sekadar ucapan, bukan sekadar memiliki tapi ia adalah sesuatu yang memberi kita nilai untuk terus hidup, memberi kita dan makna dalam sesebuah hubungan.

Sesungguhnya apabila Allah memakbulkan doa kita, maka Allah sayang pada kita, apabila Allah melewati sesuatu hajatmu, maka Allah sedang menguji....Apabila Allah tidak memakbulkan doa kita, sebenarnya Allah telah tentukan yang terbaik untuk diri kita, dan kita janganlah sesekali bersangka buruk kerana kasih sayang Allah mendahului kemurkaan-Nya.........

Dimana kelembutan seorang wanita

Dah lama aku terfikir pasal hal ni
Sampailah aku tertipu dengan kelembutan dan sopan santun kaum Hawaku..
Dimana kelembutan seorang perempuan adakah terletak pada santun katanya, gerak gayanya, atau pada gaya pemikiran dan tingkah laku yang pantas mempamerkan pada yang tersurat dan tersirat. Aku cukup kurang arif dengan apa yang dimaksudkan dengan sopan dan santun tapi hanya bertopengkan apa yang aku katakan hipokrit yang nyata. Aku mengakui aku bukan yang bersopan santun, sempurna segalanya namun aku masih dalam proses menjadi yang baik walaupun bukan yang terbaik. Aku sangat sukar untuk membezakan apa yang dikatakan dengan apa berlaku didepan mataku. Bukan mencari salah jauh sekali untuk mengeji sesame sendiri. Namun punya rasa untuk menyatakan apa yang tersirat dihati ini denga penuh ikhlas. Aku cukup geli dengan manusia yang bermuka yang jelas ternyata. Kenapa kita selalu salahkan diri kita dengan hanya mencari salah orang lain kan, So, dalam mencari sesuatu yang belum pasti aku perlu berhati-hati dan akan pasti cubalah menjadi yang terbaik.

Terima Kasih

Dalam persinggahan ini..
banyak yang aku temui...pelbagai ragam, telatah dan
kadang-kadang hipokrit sahaja..
Banyak yang aku belajar sebenarnya
Tapi aku tetap aku yang cuba menjadi seorang pengembara
yang pasti temui sinarnya
Dengan izinMu jua...

Labels:

Yang Zahir Itu Selalunya Mengelirukan

Sering kali aku tertipu


dengan apa yang ada didepan mata

Sedaya aku untuk memahami..mempercayai..

namun kenyataan nyata suatu yang berbeza

Apa yang zahir ini tidak sama dengan apa yang ditafsir, dikata yang hipokrit cuma

Aku kini lebih berhati-hati dengan apa yang ada didepan mata

Agar tidak membuat kesimpulan awal yang akan mengecewakan jiwa..

Labels:

Hati Ini

Pernah hati ini hadir buatmu,

Pernah kasih ini tercurah padamu,

Meniti hari dengan hehadiran mu…

Melihatmu seceria mentari pagi

Tiada yang lebih membahagiakan….

Kini dengarkan puisi ini..

Tanda cintaku untukmu..

Seandainya cintaku terlaksana jua,

Impian bersamamu akhirnya...

Akan ku curahkan selautan kasih nan suci,

Akan ku ukir rasa cinta yang abadi...

Cintaku...cintamu lebur

Menjadi satu...

My Memories

Kisah Kau dan Aku

Kawan, teman atau sahabat.......

Walaupun apa pun yang digelar ia tetap satu makna

Tapi pelbagai fafsiran...

Walaupun tidak sehati namun kita tetap satu

Walaupun tidak sejiwa tapi kita tetap melakar satu memori bersama......

Ada apa dengan kawan...

Kita pernah cipta satu cerita yang penuh warna.....

Memori kau dan aku....

Walaupun ia indah untuk dikenang

Walaupun ia perit untuk dikenang..

Tapi aku, kau dan mereka yang mencorakkannya..

Betapa aku perlu menghargai detik-detik ini

kerana ia mungkin tak berulang

hanya cebisan memori untuk dikenang

Hidup Ini

Hidup ini pasti secerah mentari pagi..
Bila keyakinan tegak berdiri
diiringi senyuman yang berseri
dengan minda positif berisi
Jiwa dan hati....
tenang bersemi..