Sunday, November 2, 2008

Ampunkan Aku

Tuhanku,

Ampunkan aku yang

sering lupa dalam kealpaan

sering angkuh dengan nikmat yang melimpah

sering juga lupa dalam periwayatan hadis

ingat lima sebelum lima

muda sebelum tua bersua

lapang sebelum sempit menghimpit

kaya sebelum papa menyapa

sihat sebelum sakit mengigit

hidup sebelum maut menjemput

p/s ; Semua ilham ini tercetus pada pelbagai masa dan ketika, dengan berbagai-bagai rentak, emosi, perspektif namun ia tetap luahan pemikiran dan perasaan yang boleh dikongsi sebagai penawar diri.Tapi tidak semuanya mampu dan boleh dipaparkan dan diluahkan dalam ruang lingkup ini.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home