Saturday, November 8, 2008

Malam Melankolik

Malam ini

Cinta cuba membuang jauh-jauh rasa itu

rasa yang mengigit jiwa

sunyi adalah liriknya

sepi adalah rentaknya

tercipta sebuah lagu sendu penuh melankolik

Cinta merintih lagi

katanya pada bulan

kembalikan sinar malamku

ucapan pada bintang

kembalikan kerdipan malamku

Malam ini

pesanku pada Cinta

tak perlu lagi merintih

tak perlu lagi menangisi kisah itu

Kerana kau adalah milikNya

bukan mereka yang tak menghargai cinta

cuba mencari sesuatu cinta

yang paling dekat denganmu

Cinta dariNya....

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home